Skip to main content

Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran

Mengenai Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran

Kata Aluan Dekan
Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum fi Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al quran

Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti INSANIAH diasaskan bersama terasasnya Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) pada tahun 1996. Kulliyyah ini telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin 3+1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir semenjak tahun 1996 sehinggalah 2006. Bermula tahun 2007, Kulliyyah ini menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian yang telah pun mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kulliyyah Usuluddin juga telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Usuluddin dan Doktor Falsafah Usuluddin bermula pada tahun 2009. Program Sarjana ditawarkan secara kerja kursus + disertasi yang berlangsung selama 2 tahun (minimum). Manakala, program Doktor Falsafah pula ditawarkan secara penyelidikan dalam tempoh minimum selama dua tahun.

Tenaga pengajar di Kulliyyah Usuluddin terdiri daripada 3 orang pensyarah tempatan yang merupakan graduan dari Universiti Kaherah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan 12 orang pensyarah antarabangsa yang berkelulusan Ph.D dari pelbagai university terkemuka, antaranya Universiti al-Azhar, Universiti Ains Syam di Mesir, Kulliyyah Darul Ulum, Universiti al-Fayoum, Universiti Baghdad di Iraq dan juga Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) sendiri.

Objektif kami dalam pengurusan kulliyyah adalah:
  1. Membantu Universiti dalam hal pengurusan antara pelajar, pensyarah dan Universiti.
  2. Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada semua Siswa/Siswi Kulliyyah dalam apa jua pengurusan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menerima dan berusaha menyelesaikan setiap permasalahan yang diajukan oleh siswa/siswi mahupun Pensyarah.
  4. Menetukan halatuju Kulliyyah Usuluddin dalam semua urusan akademik, pentadbiran dan pengurusan awam.
  5. Memastikan masa depan kelab-kelab yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Kulliyyah berjalan dengan lancar dan teratur.
  6. Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dan bermanfaat.
Visi
Menjadi wadah penghasilan modal insan, tenaga kerja dan pendakwah yang memiliki keilmuan dalam bidang Usuluddin serta beriman, berilmu, beramal dan menghayati Islam.
Misi
Menjadi wadah penghasilan modal insan, tenaga kerja dan pendakwah yang memiliki keilmuan dalam bidang Usuluddin serta beriman, berilmu, beramal dan menghayati Islam.
Objektif
  1. Menghasilkan graduan yang mengetahui ilmu-ilmu Usuluddin.
  2. Menghasilkan graduan yang memahami maklumat-maklumat untuk berbahas berkaitan ilmu-ilmu Usuluddin serta mencari penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan Usuluddin bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
  3. Menghasilkan graduan yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang Usuluddin dalam situasi semasa, mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan analitik, untuk mengenalpasti, menganalisis serta mengenengahkan pandangan untuk menyelesaikan isu-isu sosial dan umat Islam.
  4. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah termasuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris, mempunyai asas dalam ilmu keusahawanan dan teknologi maklumat untuk diaplikasi dalam kehidupan harian serta aktiviti dakwah, yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh UniSHAMS.

Hubungi Kami

  • Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran
  • Atau Hubungi

  • Mohd Affif bin Othman
  • Penyelaras Promosi Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran
  • +60 4415 5000
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan