Skip to main content

Ijazah Sarjana Pengajaran al-Quran

(R2/221/7/0034) (10/7/2026) (MQA/FA0017)
Mod Pengajian: C (Kerja Kursus)

Syarat Kemasukan

  1. Calon-calon mesti memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan atau apa-apa kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 . Mereka yang mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada 5 tahun juga akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan rasmi. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengajian Pascasiswazah.
  3. Permohonan juga boleh dibuat melalui dalam talian.
  4. Serahan borang permohonan (3 salinan untuk pelajar tempatan dan 4 salinan untuk pelajar antarabangsa) perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
    1. Cadangan Penyelidikan (Mod Penyelidikan sahaja)
    2. Salinan kad pengenalan ( Malaysia) atau pasport (bukan warganegara Malaysia)
    3. Salinan transkrip akademik (Ijazah Dasar & ke atas)
    4. Salinan skrol Ijazah
    5. Salinan slip keputusan TOEFL / IELTS / MUET
    6. 5 foto ( pemohon antarabangsa) dan 4 foto ( pemohon tempatan) gambar berukuran pasport (latar belakang biru)

Nota : Dokumen dalam bahasa lain atau Melayu, MESTI diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris . Pusat Bahasa di UNISHAMS menawarkan perkhidmatan penterjemahan . Sila e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Syarat Tambahan Bagi Pelajar Antarabangsa:

  1. IELTS 5.0/ CEFR B1 atau
  2. TOEFL PBT (410-413) atau
  3. TOEFL IBT (34) atau
  4. CAE (160) (Cambridge English : Advance)/ CEFR B2 atau
  5. CPE (180)(Cambridge English : Proficiency) CEFR C1 atau
  6. PTE (Person Test of English) (36) atau
  7. MUET (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) (Band 3)

Semua dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:

PUSAT PENGURUSAN SISWAZAH DAN PENYELIDIKAN
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
(Up: Dekan, Pusat Pengajian Pascasiswazah )

Yuran Pengajian

Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa

**Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan**

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan