Skip to main content

Bengkel Pengurusan Risiko (Pelan Strategik) UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฑ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Bengkel Pengurusan Risiko (Pelan Strategik) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), anjuran Pusat Strategik & Penarafan Institusi (PSPI) telah berlangsung dengan jayanya bermula 4 hingga 5 Mac 2024, bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Bengkel tersebut telah dikelolakan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana dari Monash University, Australia dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari UKM dalam bidang pengurusan risiko dan mengajar kursus-kursus pengurusan risiko serta pengurusan. Bidang kepakaran dan penyelidikan adalah dalam Enterprise Risk Management (ERM).
    ย 
    Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin juga terlibat dalam beberapa projek perundingan dengan industri seperti Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia dan International Shariโ€™ah Research Academy (ISRA). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Risiko (NSC 25/TC ๐Ÿ˜Ž, Jabatan Standard Malaysia dan juga Ahli Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM serta pernah dilantik sebagai Marker/Examiner untuk Modul Pengurusan Risiko oleh Chartered Secretaries Malaysia (MAICSA).
    ย 
    Hari pertama bermula dengan penyampaian tiga (3) modul berkaitan Pengurusan Risiko, Sesi 'Hands-on' Aktiviti dan Penilaian Risiko Berdasarkan Pelan Strategik oleh penceramah. Manakala sesi pembentangan oleh semua peserta telah diadakan pada hari kedua bengkel dan telah dinilai input serta menerima komentar daripada penceramah.
    ย 
    Kira-kira 34 orang peserta terlibat dalam menjayakan bengkel kali ini dan terdiri daripada Unit Perundangan dan Integriti, Unit Audit Dalam serta ahli-ahli kumpulan tonggak utama Pelan Strategik UniSHAMS iaitu; Tonggak Kecemelangan Akademik, Tonggak Kecemerlangan Pelajar, Tonggak Kelestarian Kewangan, Tonggak Kelestarian Institusi, dan Tonggak Tadbir Urus Yang Baik.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan