*Untuk kegunaan pelajar UniSHAMS semester satu (1) di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda sahaja
PENGENALAN
Panduan pemindahan kredit ini adalah untuk pelajar UniSHAMS. Garis panduan ini disediakan dengan merujuk kepada Dasar Jaminan Kualiti yang ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualification Agency (MQA) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pemindahan kredit kursus dan menjelaskan tentang pelaksanaan proses pemindahan kredit di UniSHAMS.
DASAR PEMINDAHAN KREDIT
Pemindahan kredit boleh dilakukan dalam dua kategori iaitu:
Contoh: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain boleh mengemukakan permohonan pemindahan kredit secara melintang apabila diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Muda Syariah UniSHAMS bagi kursus-kursus tahun pengajian terdahulu, tertakluk kepada syarat-syarat pemindahan.
SYARAT PEMINDAHAN KREDIT
A. Syarat-syarat umum pemindahan kredit (Melintang dan Menegak)
B. Syarat tambahan pemindahan kredit
Pemindahan Kredit Menegak / Vertical | Pemindahan Kredit Melintang / Horizontal |
Had maksimum pemindahan kredit secara menegak adalah seperti berikut:
|
Had maksimum jam kredit bagi pemindahan kredit secara melintang adalah tertakluk kepada:
|
* Had maksimum pemindahan kredit menegak ini adalah terpakai kepada pelajar sesi kemasukan Jun 2020 sahaja. Bagi pelajar kemasukan sebelumnya, adalah tertakluk kepada had maksimum 30% sahaja.
PROSEDUR PEMINDAHAN KREDIT
Berikut adalah prosedur pemindahan kredit untuk tindakan dan makluman pelajar:
KADAR BAYARAN PEMINDAHAN KREDIT
Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan mengikut peraturan yang tertakluk dalam Peraturan Akademik Prasiswazah:
Kategori Permohonan | Kadar Bayaran |
Pemindahan kredit- Dalaman (Tukar Program dalaman UniSHAMS) | RM 100.00 untuk satu permohonan (borang) |
Pemindahan kredit – IPT Luar / Diploma | RM 100.00 untuk setiap satu kursus dipohon |
TEMPOH PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT
Permohonan pemindahan kredit hendaklah dilakukan semasa pelajar berada di semester satu (1) pengajian di UniSHAMS. Pelajar adalah dikehendaki mengemukakan permohonan TIDAK LEWAT DARIPADA MINGGU KE 10 PENGAJIAN bagi memastikan kelancaran proses pemindahan kredit. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan pemindahan kredit tidak diproses dan dibatalkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan pemindahan kredit boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
Proses Pemindahan Kredit
Unit Peperiksaan dan Graduasi, Pusat Pengurusan Akademik 04-415 5020 / 04-415 5058 ,
Tatacara Bayaran / Pengesahan Bayaran
Unit Hasil - 04 415 5040 / 04-415 5102 (OSSC)
Alamat (Pengeposan Borang dan Dokumen Sokongan)
Unit Peperiksaan dan Graduasi
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية
Terlebih dahulu dikenali sebagai
Kolej Universiti INSANIAH
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Emel:
Dasar Privasi | Penafian | Polisi Keselamatan |
2022 © Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh BTM.