Skip to main content

Kursus Keterampilan Diri & Personaliti Profesional

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Lebih 70 orang pegawai akademik dan pentadbiran telah menyertai Kursus Keterampilan Diri & Personaliti Profesional, anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Pejabat Pendaftar, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
     
    Kursus sehari ini telah disampaikan oleh penceramah daripada SWIFT Training Centre Plt iaitu Tuan Lazrien Malik Abdul Latif dan Puan Kherun Nissa İsmail dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kulliyyah Usuluddin, Sains Al-Quran & Bahasa Arab (KUBRA).
     
    Timbalan Pendaftar, Tuan Haji Mohamad Sayuthi Haji Sanusi yang hadir mewakili Pendaftar UniSHAMS pada Majlis Penutup, telah menyampaikan ucapan dan menyatakan harapan agar para peserta kursus dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan sebaiknya dalam melaksanakan urusan harian, kerana ianya juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab dan usaha bersama untuk memberikan imej dan keterampilan yang terbaik, selaku duta UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan