Skip to main content

Kulliyyah Syariah dan Undang-undang

Mengenai Kulliyyah Syariah & Undang-undang

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di Negeri Kedah Darul Aman. Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato’ Hj. Othman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Islam di Negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti AlAzhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.

Kulliyyah Syariah ditubuhkan pada tahun 1995 bersamaan 1416 Hijriyah serentak dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Seperti Kulliyyah Bahasa Arab dan Kulliyyah Usuluddin, pengajian di Kulliyyah Syariah juga dijalankan selama empat tahun. Pada peringkat permulaannya, pengajian dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Universiti Al-Azhar, Mesir untuk Program Sarjana Syariah dalam bentuk 3 + 1 (3 tahun di INSANIAH dan 1 tahun di Al-Azhar). Kemudian, setelah mendapat akreditasi penuh MQA, pengajian dijalankan sepenuhnya di Malaysia.

Visi

Memfokus dan bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan kulliyyah, akademik dan sahsiah pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, cemerlang dan terbilang berteraskan Al-Quran dan AsSunnah serta ijtihad.

Misi

Menjadi sebuah kulliyyah yang sentiasa dilindungi Allah Subhanahu Wata’ala dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa

Falsafah

Melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Syariah Islamiyyah.

Hubungi Kami

  • Kulliyyah Syariah & Undang-undang
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan