Skip to main content

Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh Bagi Program MBBS UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    1 September 2024 | Kuala Ketil – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) menerima Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) oleh Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pagi ini.

    Mesyuarat Pembukaan Lawatan Penilaian tersebut telah diadakan dengan lancar di Dewan Senat, Bangunan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UniSHAMS, Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato' Haji Mohd Harif. Lawatan penilaian ini akan berlangsung selama dua hari, sehingga 2 September 2024.

    Turut hadir dalam Mesyuarat Pembukaan adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan-dekan, Pegawai Akademik dan Pentadbiran Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, serta pegawai UniSHAMS yang lain.

    Semoga segala urusan berkaitan Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh bagi program MBBS (MQA/FA11388) ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan