Skip to main content

Kunjungan Hormat Akademi Darul Ilmi ke Atas Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    28 Ogos 2024 | Kuala Ketil – Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato' Haji Mohd Harif, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi Darul Ilmi, yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Wadi Annuar Ayub, pada pagi ini.

    Dalam kunjungan tersebut, satu sesi perbincangan turut diadakan di Pejabat Naib Canselor, membincangkan peluang kerjasama strategik antara UniSHAMS dan Akademi Darul Ilmi. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Dr. Akli Ahmad, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang (KSU), serta pegawai-pegawai UniSHAMS yang lain.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan