Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia yang diketuai oleh Dr. Zailani, wakil Dekan 1 Fakultas Agama Islam.
     
    Ketibaan delegasi seramai hampir 50 orang telah disambut oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat serta staf akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
     
    Satu sesi perbincangan dua hala berkaitan cadangan jaringan kerjasama akademik di antara UniSHAMS dan UMSU, kemudiannya diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
     
    Cadangan kerjasama yang bakal dijalinkan di antara UniSHAMS dan UMSU dijangka akan dapat memberikan manfaat secara bersama, terutama dalam pelaksanaan beberapa program seperti Mobiliti Pelajar dan Mobiliti Tenaga Pengajar.
     
    Satu sesi taklimat bersama 39 orang Mahasiswa Prodi PAI Program Magister turut diadakan secara serentak di Dewan Senat dan Bilik Mesyuarat Utama UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan