Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Pondok Pesantren Assalam Al Islami Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menerima kunjungan hormat delegasi Pondok Pesantren Assalam Al Islami, Sumatera Selatan, Indonesia, pada petang ini.
     
    Deligasi diketuai oleh Kepala Pesantren iaitu Abdul Malik Musir tiba di Lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, bersama-sama Sheikh Amin Ramzy dan Mosaab Amin.
     
    Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, UniSHAMS berkenaan cadangan kerjasama di antara kedua belah pihak. Hadir bersama pada sesi perbincangan tersebut adalah Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.
     
    Delegasi turut berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau persekitaran kampus dan melawat ke Galeri Tuanku Canselor.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan