Skip to main content

Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 Sidang Keempat

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-25, Sidang Keempat iaitu sidang yang terakhir telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS, bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.
    ย 
    Yang Amat Berhormat Pengerusi Lembaga Pengarah telah menganugerahkan sijil akademik kepada 230 orang graduan yang terdiri daripada penerima Diploma Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Qiraat, Diploma Pengajian Islam, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Perbankan Islam, Diploma Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Halal, Diploma Seni Reka Grafik, Diploma Kreatif Multimedia, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Pelancongan, Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains.
    ย 
    Usai penamatan Istiadat Konvokesyen kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman turut berkesempatan untuk meluangkan masa bertemu Ustazah Shamsiah, iaitu balu kepada Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang hadir bagi meraikan anak bongsu mereka, Cik Afifah Azizan, menerima Diploma Pengurusan Perniagaan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan