Biasiswa untuk Pelajar Asasi
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERCUMA BIASISWA UniSHAMS
(Yuran pengajian dan pentadbiran PERCUMA kecuali yuran asrama. Tertakluk kepada terma & syarat)
Antara syarat-syarat permohonan skim :
(Yuran pengajian dan pentadbiran PERCUMA kecuali yuran asrama. Tertakluk kepada terma & syarat)
Antara syarat-syarat permohonan skim :
- Pelajar program Asasi UniSHAMS sahaja.
- WARGANEGARA
- Biasiswa UniSHAMS Percuma ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan program Asasi UniSHAMS.
- Pelajar Asasi ditawarkan Biasiswa UniSHAMS untuk 3 semester melibatkan: yuran pendaftaran, yuran pengajian dan yuran pentadbiran kecuali yuran asrama yang akan ditanggung oleh pelajar.
- Penstrukturan yuran pelajar Asasi dan insentif pembiayaan Biasiswa UniSHAMS akan bermula pada semester 1 tetapi kelayakan manfaat Biasiswa UniSHAMS bagi semester 2 mengambil kira pencapaian Pencapaian Purata Matagred Semester (PMS) pada semester 1 dan kelayakan manfaat Biasiswa UniSHAMS bagi semester 3 mengambil kira pencapaian PMS pada semester 2.
Jadual insentif pembiayaan seperti berikut:
Semester |
Keputusan |
Pencapaian |
Yuran |
Yuran |
Yuran |
Yuran |
1 | Tiada | Tiada | - | Dibiaya | Dibiaya | Tidak Dibiaya |
2 dan 3 | 1 dan 2 | 3.00 - 4.00 | - | Dibiaya | Dibiaya | Tidak Dibiaya |
2.00 - 2.99 | - | Dibiaya | Tidak Dibiaya | Tidak Dibiaya | ||
1.99 dan kebawah | - | Tidak Dibiaya | Tidak Dibiaya | Tidak Dibiaya |
Nota : Pelajar hanya ditawarkan Biasiswa UniSHAMS untuk 3 semester sahaja.
- Pelajar yang mendapat Skim Pendidikan Percuma juga perlu memastikan mereka tidak terlibat dengan kesalahan tatatertib bagi mengelakkan Biasiswa UniSHAMS ditarik balik dan pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.
- Pelajar yang menerima Biasiswa UniSHAMS WAJIB meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga tamat di UniSHAMS. Sekiranya gagal berbuat demikian maka pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.
- Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pengajian Asasi UniSHAMS di talian 04-4155561/5562
This is a paragraph, shown in the Times New Roman font.