Skip to main content

Pusat Pengajian Umum

Mengenai Pusat Pengajian Umum

Kata Aluan Pengarah

Alhamdulillah segala pujian dan syukur bagi Allah SWT, kerana atas kebesaran dan rahmatNya dapat dibangunkan laman web Pusat Pengajian Umum UniSHAMS dengan tujuan menjadikannya sebagai salah satu saluran penyebar matlumat akademik kepada seluruh warga UniSHAMS serta masyarakat sekelilingnya.

Pusat Pengajian Umum menawarkan kursus mata pelajaran umum atau lebih dikenali sebagai modul wajib UniSHAMS kepada semua pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Modul Wajib melibatkan komponen kursus-kursus wajib MQA .

Penawaran mata pelajaran di pusat ini secara tidak langsusng dapat membina kemahiran diri para pelajar melalui program-program serta aktiviti-aktiviti yang dirangka ketika proses pembelajaran berlaku.

Kandungan maklumat yang disediakan merangkumi maklumat akademik dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum. Aktiviti dan kursus serta perkhidmatan kepada pengunjung yang dianjurkan dapat memberi nilai tambah dan memudah cara kepada pendidikan di Universiti selaras dengan matlamat menjadikan insan berilmu.

Besar harapan saya agar halaman ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua pihak

Akhir kalam:

Kalau hendak tahu orang berbangsa,

Tengok kepada budi dan bahasanya

Dalam berkata berlemah lembut

Dalam melangkah berpatut-patut

Bila duduk tahu tempatnya

Bila tegak tahu adatnya.

                       (Hashim Hj Musa,2008)

Sekian, terima kasih

ADLINA BINTI ABD. KHALIL
PENGARAH
PUSAT PENGAJIAN UMUM

Visi

Menjadi pusat khidmat sokongan (support service center) bertaraf tinggi dalam memberikan perkhidmatan ilmiah dan professional bagi memupuk kecemerlangan pelajar serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Misi

Melahirkan pelajar yang mempunyai keterampilan intelektual, nilai-nilai islamik dan kemahiran insaniah agar dapat menjadi insan yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Objektif

OBJEKTIF UTAMA

Mengendalikan kursus-kursus umum dengan sistematik dan sejajar dengan misi dan visi UniSHAMS.

OBJEKTIF KHUSUS

  • Menyediakan prasarana pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (K-Communities).
  • Menyediakan kurikulum yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) dan menjamin keperluan tenaga kerja negara.
  • Menyediakan hubungan strategik bagi memantapkan hubungan dengan masyarakat luar.

Hubungi Kami

  • Pusat Pengajian Umum

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan