Skip to main content

Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah

PPNK

Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (PPNK) merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian  di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan PPNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September setiap tahun. (Bergantung kepada perubahan semasa)

Syarat Kelayakan Permohonan
  1. Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah)
  2. Mendapat surat tawaran UniSHAMS
  3. Tidak ada penganjur/penaja lain
  4. Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama secara SEPENUH MASA.
Kadar/Jumlah Pinjaman Ditawarkan
  1. Diploma (RM4,000 setahun)
  2. Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) - (RM6,500 setahun)
Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web PPNK di laman sesawang

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan