Skip to main content

Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Sungai Petani 2 Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 22 Ogos 2022 – UniSHAMS telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Sungai Petani 2 (KVSP 2) UniSHAMS. Satu sesi taklimat telah diadakan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama akademik di antara UniSHAMS dan KVSP 2, khususnya di dalam bidang-bidang muamalat yang ditawarkan di Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan (KMS), UniSHAMS.

    Delegasi seramai 22 orang tersebut tiba di Bangunan Canseleri pada jam 9:30 pagi. Encik Muhammad Buhari Sarik, Timbalan Pengarah Akademik, KVSP 2 telah menyerahkan Surat Niat Nota Persefahaman (NoU) kepada Prof. Madya Dr Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, UniSHAMS.

    Satu sesi lawatan ke Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan dan Perpustakaan UniSHAMS turut diadakan. Semoga lawatan penanda aras ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama akademik pada masa hadapan, serta mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua institusi.

    Delegasi KVSP 2 turut dibawa meninjau sekitar kawasan kampus UniSHAMS, sebelum dibawa untuk menikmati jamuan makan tengahari di Mock Restaurant, Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif. Sesi lawatan tamat pada jam 2:00 petang.   

    Sustaining Knowledge Through Wisdom