Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif LZNK

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—”๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ - Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), petang ini.
    Satu sesi perbincangan telah diadakan berkenaan cadangan usahasama secara strategik di antara UniSHAMS dan LZNK dalam pembangunan pendidikan asnaf di negeri Kedah Darul Aman, serta peluang-peluang kolaborasi lain untuk tujuan pembangunan ummah.
    Pada pertemuan ini juga, Naib Canselor UniSHAMS telah menyampaikan surat tawaran pelantikan Profesor Adjung, Kulliyyah Syariah & Undang-Undang kepada YBhg. Datoโ€™ Sheikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, bagi melaksanakan keputusan Lembaga Pengelola Universiti.
    Delegasi kali ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom