Majlis Hi-Tea Naib Canselor Bersama Persatuan dan Kelab Pelajar UniSHAMS
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ญ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Majlis Hi-Tea Naib Canselor bersama persatuan dan kelab pelajar UniSHAMS telah diadakan di Bilik Santapan, Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), tengahari tadi.
Program ini dianjurkan bagi mempereratkan hubungan di antara pihak Pengurusan Tertinggi dengan persatuan dan kelab pelajar UniSHAMS. Majlis dihadiri oleh Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato' Haji Mohd Harif, diiringi oleh Haji Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), para pegawai PHEP, serta Pengerusi dan Setiausaha dari pelbagai persatuan dan kelab berdaftar di UniSHAMS.
Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat Naib Canselor, di mana beliau menekankan kepentingan penglibatan aktif pelajar dalam persatuan dan kelab sebagai platform untuk membangunkan kepimpinan serta keterampilan diri. Beliau juga menzahirkan hasrat agar pelajar terus memacu kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum.
Sesi diteruskan dengan dialog antara Naib Canselor dan wakil persatuan serta kelab pelajar, di mana para pelajar berpeluang untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan kampus.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan, di mana para hadirin berpeluang berinteraksi secara santai sambil menikmati hidangan yang disediakan. Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara pihak pengurusan dan para pelajar, serta membuka ruang kepada perbincangan yang lebih terbuka dalam pembangunan universiti.