
Research Management Centre
-
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Aras 2 Bangunan Canselori
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman -
Tel :+6 04 - 415 5087/5014
-
Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Introduction
RMC ditubuhkan pada Oktober 2016 di bawah seliaan Timbalan Rektor Akademik, seterusnya diambil alih oleh Pusat Pengurusan Siswazah & Penyelidikan pada Jun 2017. Seterusnya diselia oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan pada Julai 2019. Kemudian, RMU diambil alih semula oleh Pusat Pengurusan Siswazah & Penyelidikan pada November 2019 dan tahun 2021 dipisahkan dan dinamakan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sehinggalah kini.
Pada 4 Oktober 2017, Jawatankuasa Persidangan, Penyelidikan & Penerbitan (U3P) telah ditubuhkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Tujuan penubuhan Jawatankuasa U3P adalah untuk memartabatkan bidang penyelidikan dan penerbitan di samping menggalakkan kulliyah-kulliyah menjalankan persidangan di peringkat universiti, national, dan antarabangsa. Dengan adanya jawatankuasa ini segala urusan yang melibatkan 3P dapat dijalankan dengan lebih sistematik di bawah pemantauan Rektor dan Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa.
Pejabat RMC berada di Aras 2, Bangunan Cancelori UniSHAMS. Kakitangan pusat ini terdiri daripada Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, 3 orang staf, dan dibantu oleh 7 orang pembantu siswazah.
Vision
Kelestarian perkhidmatan pengurusan penyelidikan yang efisien dan profesional
Mission
Untuk meningkatkan dan memartabatkan penyelidikan selari dengan kepentingan ummah ke arah kelestarian penyelidikan bertaraf dunia
Objective
OBJEKTIF RMC
-
Menguruskan segala berkaitan geran penyelidikan KPT iaitu; FRGS, TRGS, LRGS dan lain-lain geran yang berkaitan.
-
Mengurus geran jangka pendek universiti (Short Term Grant-STG).
-
Berperanan sebagai urusetia untuk perkara berkaitan Mobiliti Program dan Persidangan yang akan dilaksanakan oleh Kulliyyah.
-
Mengemaskini, mendaftar dan menyelaras pengisian MyRA & SETARA bagi menentukan penarafan bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Membudayakan penyelidikan di kalangan pensyarah dengan mengadakan bengkel, seminar dan kursus berkaitan penyelidikan.
-
Merancang dan melaksanakan sesi diskusi, book review dan CEO @ Kulliyyah dengan menjemput ilmuan (Scholar) dan ahli korporat yang berjaya.
-
Meneliti dan memproses permohonan pensyarah yang ingin membentangkan kertas penyelidikan di persidangan dalam dan luar negara.
-
Menyelaras dan mengurus segala berkaitan penerbitan buku atau modul pengajaran seperti permohonan ISBN dan ISSN.
Gallery
VIDEO
PICTURE
Galeri
External Links
Last updated on 28 December 2022