Lawatan Pemantauan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ญ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Lawatan Pemantaun Akreditasi Penuh bagi Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan berlangsung mulai 11 hingga 12 September 2024.
Delegasi MQA dan Panel Penilai tiba seawal pagi di Lobi Utama Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, telah disambut baik oleh Naib Canselor, barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE), Dekan, Pegawai Akademik dan Pentadbiran Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial, UniSHAMS. Para tetamu kemudiannya dibawa untuk meninjau koleksi sejarah pembangunan UniSHAMS di Galeri Tuanku Canselor.
Mesyuarat pembukaan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama dan dipengerusikan oleh Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ Haji Mohd Harif, Naib Canselor UniSHAMS. Lawatan pemantauan kali ini diketuai oleh Panel Penilai iaitu Datin Prof. Dr Ruhani Mat Min, daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang hadir bersama Prof. Madya Dr Puteri Hayati Megat Ahmad daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Cik Nursazwani Jaafar daripada MQA.