Majlis Penutupan Festival Insan Sejahtera Negeri Kedah Tahun 2024
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶 - Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menghadiri Majlis Penutupan Festival Insan Sejahtera Negeri Kedah Tahun 2024 yang berlangsung di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, hari ini.
Festival yang diadakan pada 7 hingga 8 September 2024 merupakan program anjuran Sekreteriat Pembangunan Insan dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
UniSHAMS turut terlibat dalam mendekati masyarakat dengan menyertai reruai pameran sepanjang dua hari ini.