Lawatan Pemeriksaan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ญ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) menerima kunjungan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat (BPI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk lawatan Pemeriksaan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), pagi ini.
Delegasi JPT dan PTPTN tiba di Lobi Utama Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan disambut oleh Naib Canselor, barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) dan Pegawai UniSHAMS.
Mesyuarat pembukaan kemudiannya berlangsung di Dewan Senat dan telah dipengerusikan oleh Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ Haji Mohd Harif, Naib Canselor UniSHAMS. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah barisan Ahli JPE, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, Sekretariat dan Pegawai UniSHAMS.
Pemeriksaan bersepadu ini diketuai oleh Pn. Mariati Ahmad Zabidi daripada BPI, JPT dan akan dilaksanakan selama dua hari bermula 11 hingga 12 September 2024.
Naib Canselor ketika berucap, menyatakan kebersediaan pihak UniSHAMS untuk memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik sepanjang tempoh pemeriksaan ini dijalankan dan berharap agar segala urusan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.