Skip to main content

Program Kesihatan dan Kecergasan Fizikal: Bowling UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ - Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah menganjurkan Program Kesihatan dan Kecergasan Fizikal : Bowling UniSHAMS, yang telah berlangsung dengan jayanya di Sejati Superbowl, Park Avenue Hotel, petang ini.
    Program kali ini telah berjaya menarik penyertaan 20 pasukan yang terdiri daripada 80 orang peserta dari kalangan kakitangan pentadbiran dan akademik UniSHAMS. Pusingan pertama pemainan berlangsung dengan meriah dan 7 pasukan terbaik layak ke peringkat akhir.
    Pendaftar UniSHAMS, Tn. Hj. Mohd Fahmi Sheikh Omar kemudiannya merasmikan acara penutupan program dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
    Keputusan akhir telah menyaksikan Pasukan BPP 1 dinobatkan sebagai Johan keseluruhan, diikuti Naib Johan iaitu Pasukan UKK, Pasukan No Name Bowl di tempat ketiga, Pasukan Asasi Strikers di tempat keempat dan Pasukan Gabungan BPP 4 di tempat kelima.
    Pengajuran program ini adalah antara usaha pihak UniSHAMS untuk memupuk gaya hidup sihat dan cergas, seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan UniSHAMS. Program ini juga dilihat sangat berpotensi untuk dianjurkan secara berkala dan dijangka mampu menarik penyertaan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
    Tahniah diucapkan kepada pihak sekretariat penganjuran, para pemenang dan peserta yang telah menjayakan edisi Bowling UniSHAMS kali ini.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom