UniSHAMS Meterai Memorandum Persefahaman Bersama Universitas Islam Negeri Imam Bonjol, Padang, Indonesia
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด, ๐๐ป๐ฑ๐ผ๐ป๐ฒ๐๐ถ๐ฎ - Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) yang diketuai oleh Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ Haji Mohd Harif dalam rangka lawatan empat hari, bermula 3 hingga 6 September 2024, bagi memenuhi undangan Gabenor Provonsi Sumatera Barat iaitu Yang Berbahagia Buya Mahyeldi Ansharullah.
Sempena lawatan ini, UniSHAMS turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol, Padang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 September 2024. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr Mohd Amy Azhar selaku Naib Canselor UniSHAMS dan Prof. Dr. Martin Kustanti, M.Pd selaku Rektor UIN Imam Bonjol Padang. Pemeterian MoU ini juga bakal membuka lembaran baharu ke arah jaringan kerjasama akademik dan hubungan erat rentas sempadan di antara kedua buah universiti.
Delegasi UniSHAMS turut mengikuti Seminar Antarabangsa dan siri lawatan ke Auditorium Istana Gabenor untuk sesi pertemuan bersama wakil Kepala Sekolah SMU dan Bank Negeri.
Turut terlibat pada lawatan kali ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Dekan Kulliyyah Usuluddin, Sains Al-Quran & Bahasa Arab, Pengarah Bahagian Pemasaran & Promosi, serta Pegawai Akademik UniSHAMS.