Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS Ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif BIMB
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟯 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Yang Berbahagia Dato’ Mohd Muazzam Mohamed, pagi ini.
Pertemuan yang berlangsung di Menara Bank Islam ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Cordoba of Kedah-UniSHAMS iaitu Dr Suhaimi Mohd Yusof dan Pegawai UniSHAMS.
Sesi perbincangan ringkas berkenaan potensi kerjasama strategik di antara UniSHAMS dan BIMB, dalam usaha untuk memartabatkan pembangunan pendidikan turut diadakan. Semoga pertemuan ini juga dapat memperkukuhkan hubungan erat yang terjalin selama ini.