Mesyuarat Penutup Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) UniSHAMS
| PRO UniSHAMS | Berita
2 September 2024 | Kuala Ketil – Mesyuarat Penutup (Exit Meeting) Lawatan Penilaian Pemantauan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang mewakili Naib Canselor.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan, Pegawai Akademik dan Pentadbiran Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, serta Pegawai UniSHAMS.