Skip to main content

Majlis Mengadap Sembah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Pro Canselor I UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    1 September 2024 | Alor Setar – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Pro Canselor I Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), telah berkenan menerima mengadap Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato' Haji Mohd Harif, pada petang ini.

    Majlis Mengadap Sembah tersebut berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

    Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar, Pengarah Canselori En. Saiful Adli Sukhaimi, serta pegawai-pegawai UniSHAMS.

    Majlis Mengadap Sembah ini bertujuan memperkenalkan Naib Canselor baharu, memberi maklum mengenai persiapan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-26 yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2024, serta membentangkan laporan berkaitan hal ehwal semasa pentadbiran dan pengurusan UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom