Skip to main content

Rangkuman Lawatan Naib Canselor ke Bangunan Kulliyyah dan Pusat Pengajian

| PRO UniSHAMS | Berita

    22 Ogos 2024 | Kuala Ketil - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, telah mengadakan lawatan ke bangunan-bangunan Kulliyyah dan Pusat Pengajian pada petang ini. Lawatan ini bertujuan untuk memantau persiapan akhir bagi menyambut kemasukan semula pelajar menjelang permulaan semester baharu pada 25 Ogos 2024.

    Barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, dan pegawai-pegawai UniSHAMS yang berkaitan turut hadir dalam sesi lawatan tersebut.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom