Skip to main content

Kunjungan hormat Naib Canselor UniSHAMS ke atas Penasihat Kanan Kumpulan Yayasan AlBukhary

| PRO UniSHAMS | Berita

    21 Ogos 2024 | Alor Setar - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Penasihat Kanan Kumpulan Yayasan Albukhary, Yang Berbahagia Dato’ Jaya Budiman Dato’ Paduka Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali, pada petang ini.

    Kunjungan tersebut turut disertai oleh beberapa delegasi UniSHAMS, termasuk Dekan Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial, Dekan Kulliyyah Usuluddin, Sains Al-Quran & Bahasa Arab, serta Pengarah Canselori UniSHAMS.

    Dalam pertemuan itu, sesi perbincangan ringkas telah diadakan, membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Perbincangan ini diharap akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dan usaha bersama dalam memartabatkan pembangunan pendidikan untuk kepentingan ummah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom