Skip to main content

Sesi Pertemuan Naib Canselor Baharu Bersama Ketua Kulliyyah/Pusat/Bahagian (KPB) dan Majlis Bacaan Yasin Serta Tahlil Ringkas

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Satu sesi pertemuan Naib Canselor baharu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) bersama Ketua Kulliyyah/Pusat/Bahagian (KPB) dan Majlis Bacaan Yasin serta Tahlil ringkas telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Dewan Senat hari ini.
    ย 
    Pada sesi tersebut, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang tamat menjalankan tugas Naib Canselor pada 31 Julai 2024 telah menyempurnakan sesi penyerahan Nota Serah Tugas kepada Yang Berbahagia Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif, Naib Canselor baharu yang dilantik berkuatkuasa hari ini.
    ย 
    Ketika berucap, Prof. Dr Mohd Amy Azhar turut menyatakan harapan agar seluruh warga kerja dapat bersama-sama berpadu tenaga untuk terus berusaha dalam memberikan yang terbaik, demi memperkasakan dan memartabatkan UniSHAMS.
    ย 
    Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ringkas telah diadakan dan diakhiri dengan bacaan doa untuk kesejahteraan seluruh warga UniSHAMS. Turut hadir pada pertemuan ini adalah Presiden dan Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom