Skip to main content

Naib Canselor Baharu UniSHAMS Lapor Diri Mulakan Tugas Secara Rasmi

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menyambut ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif yang melapor diri untuk memulakan tugas secara rasminya sebagai Naib Canselor.
    ย 
    Ketibaan Prof. Dr Mohd Amy Azhar di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, disambut oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) serta para Pegawai dari Pusat dan Bahagian utama di Bangunan Canselori UniSHAMS. Beliau kemudiannya diiring ke Galeri Tuanku Canselor untuk lawatan, sebelum dibawa naik ke Pejabat Naib Canselor. Satu sesi pertemuan dan perbincangan ringkas bersama Ahli JPE UniSHAMS turut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama.
    ย 
    Yang Berbahagia Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif merupakan Profesor Universiti daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).
    Seluruh warga UniSHAMS ingin merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga UniSHAMSku terus gemilang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom