Skip to main content

Majlis Apresiasi Peserta Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Atlit SUPTIM 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Majlis Apresiasi Peserta Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Atlit SUPTIM 2024, anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, Pegawai, Pengurus Pasukan serta peserta dari kalangan mahasiswa UniSHAMS.
    ย 
    Para peserta yang terlibat telah diraikan dan menerima sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam mengharumkan nama UniSHAMS pada Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Ke-20 bagi tahun 2024.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom