Majlis Iftar Perdana Bersama Pejabat Daerah Kulim
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Majlis Iftar Perdana bersama Pejabat Daerah Kulim telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau Al-Insaniyyah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) hari ini.
ย
Majlis kali ini dijayakan dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Kulim melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar. Majlis bermula sejak jam 6:00 petang dengan pengisian Tazkirah Ramadan. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor telah menyampaikan ucapan.
ย
Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, kemudiaannya menyampaikan ucapan dan seterusnya menyerahkan sumbangan sempena Ramadan kepada mahasiswa/wi UniSHAMS serta tenaga pengajar dan pelajar Maahad Tahfiz Ihyaauddin, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
ย
Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Ketua KPB, Staf dan Mahasiswa/wi UniSHAMS.