Bengkel Permurnian Carta Organisasi UNiSHAMS
Sungai Petani, 30 Oktober 2022 - Pejabat Pendaftar menganjurkan Bengkel Permurnian Carta Organisasi UNiSHAMS selama dua hari bermula pada 30 - 31 Oktober 2022.
Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.
Diantara objektif bengkel ini adalah untuk menilai semula aktiviti Kulliyyah, Pusat dan Bahagian (KPB) bagi mengenalpasti keperluan sekiranya ada aktiviti yang perlu dihapuskan, digabungkan atau diwujudkan. Selain itu, semakan semula terhadap keperluan fungsi KPB serta menghasilkan carta organisasi yang terbaik dalam menggerakkan UNiSHAMS sebagai sebuah IPTS yang terbaik.
Bengkel ini, turut diisi dengan perkongsian Organizational Development: UIAM yang disampaikan oleh Tuan Kamarrudin Ali, Pengarah Pembangunan dan pengurusan Organisasi, Bahagian perkhidmatan Pengurusan UIAM.