Skip to main content

Pingat Perak untuk UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    13 September 2022, Tiga orang pensyarah dari Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif, Cik Atikahambar binti Yusni, Puan Marini binti Md Isa dan Puan Eni Syafina binti Roslan telah menyertai NATIONAL INVENTION & INNOVATION COMPETITION, EXHIBITION AND ROBOT-SUMO 2022" (NICERS’22) anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

    Pertandingan inovasi ini telah mempertandingkan 10 kategori pelbagai bidang inovasi dan dari 6 penyertaan, pasukan UniSHAMS telah berjaya merangkul pingat Perak dalam inovasi kategori makanan.

    Tahniah diucapkan kepada pasukan HosCA UniSHAMS atas kejayaan tersebut.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan