Lawatan Penanda Aras USAS ke UniSHAMS
Kuala Ketil, 7 September 2022 – UniSHAMS telah menerima lawatan penanda aras dari Jabatan Pascasiswazah, Penyelidikan dan Perundingan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang diketuai oleh Profesor Dr. Abdul Latif bin Salleh. Delegasi seramai 7 orang tiba diperkarangan Bangunan Cancelori pada jam 10 pagi telah disambut oleh Dr. Asnani binti Bahari, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah diiringi Dr. Nor Zuhairatun binti Md Radzi, Timbalam Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah dan Dr. Rahayati binti Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikkan.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan bagi memberi sedikit perkongsian idea mengenai cara pengurusan Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dalam mengendalikan Program Master dan PhD, peraturan akademik serta peraturan-peraturan yang berkaitan dalam pengurusan siswazah. Selain itu, perbincangan berkaitan penyelidikan dan penerbitan turut dikongsi bersama Pengarah Pusat Penyelidikan (RMC) UniSHAMS.
Secara keseluruhannya lawatan kerja dari USAS bagi perkongsian ilmu bersama PPS dan RMC ini telah berjalan dengan lancar. Semoga sesi lawatan kerja ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan dapat mewujudkan kerjasama yang berpanjangan antara USAS dan UniSHAMS. Majlis berakhir dengan sesi penyerahan cenderahati daripada UniSHAMS kepada Prof Dr. Abdul Latif bin Salleh sebelum ke Bilik Santapan. Kunjungan tamat pada jam 3.00 petang.