Skip to main content

Tiada Siapa Yang Perlu Lapar

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – 12 SEPTEMBER 2022, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini melancarkan menu Nasi Bajet dan Nasi Bujang serta pelancaran kupon foodbank kepada pelajar-pelajar universiti tersebut bagi membantu meringankan kos sara hidup mahasiswa ketika ini yang berhadapan dengan era inflasi yang menyebabkan peningkatan kos harga barangan dan makanan ketika ini.

    Majlis pelancaran menu bajet tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Rohani Desa, bertempat di cafe UniSHAMS. “Langkah proaktif itu diambil selepas mengambil kira beban yang ditanggung pelajar susulan kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian”, katanya.

    Beliau berkata, program Menu Nasi Bajet & Nasi Bujang itu membabitkan beberapa menu makanan berat dan berkhasiat merangkumi set nasi berlauk bersama air dengan  setiap set berharga RM3 hingga RM5 telah pun diperkenalkan semenjak kemasukan pelajar pada awal bulan September yang lalu. Menu bajet ini juga boleh didapati secara percuma melalui tajaan staf universiti dan orang ramai. Sebarang sumbangan untuk tajaan nasi bajet Mahasiswa UniSHAMS boleh disalurkan terus kepada pihak Bendahari UniSHAMS melalui akaun Bank Islam 02011010034994 (UniSHAMS Sdn. Bhd.) dan rujukan perbankan internet SUMBANGAN NASI BAJET.

    Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Marwan Mohd Salleh dan Pengarah Pusat KoKurikulum, Puan Rafidah Abd.Rahman serta kakitanagan Pusat Hal Ehwal Pelajar.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan