Skip to main content

UniSHAMS Terima Kunjungan IPDAS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 30 Ogos 2022 – UniSHAMS telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Institut Pengajian Dan Dakwah Sabah (IPDAS) seramai 3 orang yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah IPDAS.

    Delegasi yang tiba kira-kira pukul 3 petang di perkarangan Bangunan Canselori telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa diiringi oleh Puan Marini Binti Md Isa, Dekan Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif.

    Rombongan telah dibawa meninjau kawasan sekitar kampus serta melawat Galeri Tuanku Canselor yang diiringi oleh Encik Lukman Bin Harun, Pustakawan.

    Kunjungan kali ini adalah bertujuan untuk membina jalinan hubungan strategik di antara kedua-dua institusi serta perkongsian maklumat memandangkan IPDAS dalam proses untuk membuka program pendidikan yang baru iaitu Diploma Pelancongan Islam. 

    Semoga kunjungan ini bakal membuka lebih banyak peluang perkongsian dan kerjasama bagi manfaat bersama di masa hadapan. Kunjungan tamat kira-kira pukul 5 petang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan