Kempen Derma Darah
| PRO UniSHAMS | Berita
Kuala Ketil, 28 Ogos 2022 – Unit Transfusi, Hospital Baling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama kakitangan dan mahasiswa / mahasiswi UniSHAMS sempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun 2022.
Program yang bermula seawal 9.30 pagi tersebut telah diadakan di Persada Siswa, Bangunan A3. Kira-kira seramai 50 orang sukarelawan telah hadir untuk menderma darah bagi keperluan bekalan darah untuk menampung keperluan para pesakit di hospital. Program tamat pada pukul 3.30 petang.