Skip to main content

Timbalan Menteri Kagum Semangat Mahasiswa KUIN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, KUIN Kuala Ketil dipenuhi seramai hampir 3000 pelajar dan kakitangan KUIN dalam Majlis Dialog Mesra bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki pada 7 Ogos 2017 yang lalu.

    Sesi dialog bertemakan Pemantapan Profesionalisma Islam dikendalikan sendiri oleh Asyraf Wajdi mendapat perhatian semua hadirin apabila beliau banyak menyentuh perkara-perkara berkaitan agenda pemerkasaan dan beberapa isu semasa berkaitan perkembangan dan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi. Di akhir sesi, beliau menyatakan rasa teruja dan kagum dengan keberanian dan semangat mahasiswa KUIN yang berani tampil bertanyakan soalan dan berkongsi pandangan secara telus. “ Saya berasa seronok melihat keberanian mahasiswa KUIN yang sudi berkongsi pandangan dan inilah antara contoh generasi yang akan menjadi pemimpin masa depan” katanya.

    Kehadiran beliau ke KUIN merupakan aktiviti akhir dalam siri lawatan kerjanya sehari suntuk di negeri Kedah. Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah YB Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Rektor dan ahli-ahli pengurusan tertinggi KUIN.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan