Skip to main content

Komited Hasilkan Penyelidikan Berkualiti

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL- Unit Pengurusan Penyelidikan Kolej Universiti INSANIAH (UPP-KUIN) dengan kerjasama ISDEV Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan bengkel pengurusan penyelidikan siri (1) bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Canselori pada 21 disember 2017 yang lalu.

    Bengkel bertujuan mencapai aras kecemerlangan dalam penyelidikan ini adalah pertama kali diadakan dan disertai oleh 40 orang pensyarah dari pelbagai kulliyyah. Peserta diberikan pendedahan dan perkongsian tentang teknik dan cara menghasilkan sebuah penyelidikan yang bermutu selain diberikan motivasi oleh tenaga-tenaga mahir yang dijemput dari ISDEV.

    Menurut ketua UPP-KUIN, Cik Rahayati Ahmad, program ini dirancang untuk diadakan beberapa siri bagi memastikan semua pensyarah yang terlibat mendapat inspirasi dan motivasi baru dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. “ Kami ingin memberi galakan kepada tenaga akademik di KUIN untuk terus menyediakan proposal dan memohon geran penyelidikan yang disediakan oleh pihak KUIN. Penyelidikan berkualiti bukan sahaja penting bagi pencapaian individu ahli akademik, bahkan ia sangat penting kepada universiti dalam meningkatkan kualiti pengajian dan pembelajaran secara keseluruhan”, katanya.

    Perasmian bengkel disempurnakan oleh Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timb. Rektor Akademik dan Antarabangsa. Turut hadir berkongsi pengalaman dan inspirasi ialah Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari yang merupakan pengasas dan pengarah ISDEV. Di akhir program, satu majlis menandatangani MOU & MOA antara KUIN dan ISDEV USM telah diadakan sebagai satu perkongsian strategik untuk beberapa aktiviti dan program berkaitan penyelidikan di masa akan datang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan