Skip to main content

KUIN DIIKTIRAF AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL- , 29 Januari 2018 - Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) dianugerah Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S hari ini setelah lulus penilaian dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    Satu Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPC dan KUIN serta penyerahan sijil telah diadakan di Dewan Eksperimen, Kolej Universiti INSANIAH.

    Ucaptama disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Norsabrina Binti Mohd Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Objektif MoU tersebut antaranya ialah pertukaran maklumat, alat dan kepakaran, program latihan bersama dan sebagainya. Majlis menjadi lebih istimewa apabila Ketua Pengarah MPC, Dato' Mohd Razali bin Hussain meluangkan masa hadir menyampaikan sendiri sijil tersebut kepada wakil KUIN.

    Sebelum itu, aktiviti Innoproductivity Race melibatkan 250 peserta dari kalangan pelajar dan kakitangan KUIN, diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Mewakili KUIN bagi menerima sijil ialah Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid. Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi, kakitangan pentadbiran dan akademik KUIN.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan