Skip to main content

MAJLIS PELANCARAN KELAB PERKIM UNIVERSITI

| PRO UniSHAMS | Berita
    30 Januari 2018- – Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah melancarkan Kelab PERKIM Universiti (KPU) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Senat, KUIN Kuala Ketil. Majlis tersebut dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil KPU.

    Sijil Penubuhan KPU KUIN disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PERKIM kepada YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Rektor KUIN. Selain sijil turut disampaikan ialah Dasar Dan Peraturan KPU serta Vest KPU sebagai simbolik penubuhan kelab itu. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Dato’ Haji Bukhari Abdullah, Timbalan Rektor (Pengurusan, Kewangan Dan HEP), pengarah-pengarah jabatan dan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan