PELAJAR UniSHAMS KE MISI SUKARELAWAN ANTARABANGSA
| PRO UniSHAMS | Berita
KUALA KETIL - Satu majlis pelepasan wakil pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) ke misi antarabangsa anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan di Dewan Eksperimen, UniSHAMS. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Rektor UniSHAMS.
Pihak pengurusan dan seluruh warga UniSHAMS melahirkan rasa bangga di atas pencapaian Mohamad Firdaus bin Tajul Urus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, yang telah dipilih mewakili UniSHAMS untuk menyertai misi ke Kabupaten Belitung Timur, Provinsi Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018. YSS merupakan satu entiti di bawah KPT yang ditubuhkan untuk melahirkan Ikon Pemimpin Sukarelawan Siswa Di Persada Dunia seiring hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub sukarelawan serta mempromosikan keamanan dunia. Siswa akan didedahkan dengan kerja dan aktiviti secara “hands-on” yang akan memberikan impak tinggi selari dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), PPPM 2015-2025 (PT).
Pihak pengurusan dan seluruh warga UniSHAMS mengucapkan tahniah dan syabas atas pemilihan tersebut. Semoga pengalaman berharga yang diraih memberi manfaat kepada diri sekaligus mengharumkan nama UniSHAMS.