120 PELAJAR ASASI UniSHAMS LAFAZ IKRAR
| PRO UniSHAMS | Berita
3 April 2018 - Seramai 120 pelajar baru Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah melafazkan ikrar dihadapan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan dekan-dekan kulliyyah dalam satu Majlis Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) 2018 yang berlangsung di Dewan Kulliyyah A.G.017, Kuala Ketil.
Majlis bermula sekitar jam 3.30 petang itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Nur Farhana Mat Dali, Pengarah Pusat Pengajian Asasi. Perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg. Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang kemudiannya menerima penyerahan watikah ikrar sebagai simbolik kesediaan para pelajar mematuhi norma dan etika yang digariskan sebagai seorang penuntut di UniSHAMS.
Majlis diserikan dengan tayangan multimedia dan berakhir dengan bacaan doa serta sesi fotografi pada jam 5.00 petang.