Skip to main content

LAWATAN MUHIBBAH PUSAT BAHASA UniSHAMS KE PSU SONGKHLA

| PRO UniSHAMS | Berita

    SONGKHLA, 26 Januari 2018 - Program lawatan muhibbah bertujuan melihat infrastruktur pembelajaran di institusi pengajian tinggi peringkat antarabangsa yang melibatkan pengajian bahasa. Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah memilih Prince of Songkhla University, Songkhla sebagai destinasi. 

    Majlis dirasmikan oleh Dr. Banthita Limpradit, Timbalan Dekan Akademik, Prince of Songkhla University. Dengan perkongsian maklumat mengenai Fakulti Bahasa PSU, ianya telah meningkatkan kesedaran tentang besarnya peranan yang dimainkan oleh Fakulti Bahasa di mana-mana institusi pengajian tinggi.

    Disediakan Oleh : Hisham Abdul Aziz

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan