Skip to main content

UNISHAMS-IIIT LECTURE SERIES I

| Administrator | Berita
     Kuala Ketil: Pusat Pascasiswazah dan Penyelidikan UniSHAMS dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought (IIIT) Malaysia telah mengadakan ‘UNISHAMS-IIIT LECTURE SERIES I’ pada 20 Mei 2018. Prof Dr Jamal Ahmed Bashier Badi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diundang untuk memberikan syarahan serta mengupas hasil tulisan buku beliau bertajuk “Creative Thinking in Islam: Concept and Issues.

    Program terlebih dahulu dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, Rektor UniSHAMS yang mengharapkan aktiviti bersifat ilmiah ini dapat disuburkan di dalam universiti sesuai dengan hasrat UniSHAMS menjadi pusat pengembangan ilmu dan penyelidikan. Program tersebut adalah siri yang pertama bagi tahun 2018 dan dirancang untuk dianjurkan dengan lebih kerap di masa hadapan.

    Seramai 110 orang kakitangan akademik dan pentadbiran serta pelajar hadir mengikuti syarahan selama 2 jam tersebut.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan