BENGKEL PENULISAN JURNAL BAHASA ARAB DAN PENGAJIAN ISLAM BERINDEKS SCOPUS/ISI DAN BERIMPAK
KUALA KETIL - 29 Julai 2018, Bengkel Penulisan Jurnal Bahasa Arab dan Pengajian Islam Berindeks SCOPUS/ISI dan Berimpak diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Canselori Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
Bengkel dihadiri seramai 61 orang kakitangan akademik Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Syariah dan Undang-Undang, Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran serta Pusat Pengajian Asasi. Program dimulakan dengan ucapan aluan Dr Abdul Ghani Bin Md Din selaku Ketua Kumpulan Niche Bahasa Arab dan Peradaban merangkap Pengarah Jawatankuasa Bengkel.
Sesi pertama disampaikan oleh Prof Madya Dr Zamri Arifin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memberi penerangan berkaitan strategi memilih jurnal yang terindeks scopus samada tempatan atau antarabangsa. Sesi kedua dikendalikan oleh Ustaz Ezad Azraai Jamsari dan dibantu oleh Prof. Madya Dr Zamri Arifin yang memberi tumpuan pada aspek amali dan praktikal. Diakhir program para peserta diberi ruang untuk sesi soal jawab dan sedikit pandangan berhubung kerjasama diantara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).