Skip to main content

CERAMAH KESEDARAN HALAL

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL, 16 Ogos: Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (The HOSCA) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Halal bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan berkaitan kepentingan halal. Ceramah disampaikan oleh Puan Rosyadah Ramli, Penolong Pengarah Pengurusan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK).

    Majlis dihadiri oleh para pensyarah KHSK serta pelajar semester 1, Diploma Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal dan Diploma Seni Kulinari. Program ini memberi pengetahuan dalam perkhidmatan halal dan mendapat pelbagai input berguna berkenaan prosedur pensijilan halal dan perkembangan terkini industri halal di Malaysia.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan