Skip to main content

FUTSAL UniSHAMS CEMERLANG DI KUANTAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuantan, Skuad Futsal UniSHAMS mempamerkan prestasi cemerlang apabila Berjaya memperoleh pingat gangsa dalam MASISWA Networking Games 2018 yang dihoskan oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang, Kuantan dari 15 – 19 Ogos 2018.

    UniSHAMS menghantar seramai empat puluh atlet dalam lima acara sukan iaitu bowling, badminton, bola jaring, ping pong dan futsal dalam kejohanan sukan tahunan yang menghimpunkan atlet dari kalangan kakitangan institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia.

    Pengarah Unit Sukan, Ahmad Fahrizal Asmy melahirkan rasa bangga dengan peningkatan prestasi para atlet dan berharap dapat dipertingkatkan di masa akan datang. “Walaupun hanya futsal yang membawa pulang pingat, namun secara keseluruhan pujian harus diberikan kepada semua atlet atas komitmen dan pencapaian yang melebihi dari sasaran, sekiranya diberikan lebih banyak latihan dan pendedahan, tidak mustahil kita akan mengungguli carta penerima pingat dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang”, katanya.

    Skuad futsal berkongsi tempat ketiga bersama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) selepas kedua-dua pasukan tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Sebelum itu mereka berjaya menewaskan pasukan pilihan USAS di separuh akhir selepas mengungguli kumpulan C yang turut disertai skuad dari MMU, WIDAD, dan HELP University College.

    Turut hadir memberi sokongan dan menyertai acara khas untuk VIP ialah Timbalan Rektor Pembangunan, Korporat dan Jaringan Industri, Tuan Haji Syed Isa Bin Syed Ibrahim dan Timbalan Rektor HEP, Dr Wan Nazjmi Mohamed Fisol sekaligus hadir majlis penutup kejohanan bersama pengurusan tertinggi dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan