Skip to main content

HAYATI MAKNA KORBAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: Umat Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesederhanaan namun meriah. Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

    Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Korban, Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Jawatankuasa Kolej Kediaman Ibnu Sina (JAKSA), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah bekerjasama menyempurnakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha 1439H bertempat di perkarangan bangunan Bahagian Pembangunan dan Penyenggaraan pada 23 Ogos 2018 yang lalu.

    Daging sembelihan diagihkan serta sebahagiannya dijadikan menu kenduri kepada pelajar dan kakitangan UniSHAMS yang hadir. Program dijalankan bertujuan mewujudkan keinsafan dalam menghayati erti sebuah pengorbanan selain ianya dapat memupuk budaya kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan pelajar yang hadir bergotong royong.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan